Wednesday 19 March 2014

JEREBU oh JEREBU !

Kita sedang di uji oleh Nya....Teruskan Berdoa !




         Pelbagai perkara yang x di duga terjadi sejak kebelakangan ni kan...itu menandakan kita sedang di uji oleh Allah S.W.T. Bermula dengan musim kemarau yang melanda, seluruh alam kering kontang disebabkan cuaca yang panas melampau. Tak sudah dengan itu, negara dikejutkan dengan berita tergempar kehilangan pesawat MAS MH 370 yang hilang tanpa dapat dikesan. Berita yang mengejutkan seluruh negara, Seluruh negara sedih dengan berita ini. 



         Dengan keadaan yang masih suram dengan kes MH 370, jerebu pula melanda dibeberapa daerah di ibu Kota. Masih x terfikir lagi ke kita dengan kealpaan yang kita sendiri lakukan telah memberi impak yang mendalam terhadap seluruh alam. 



          Alhamdulillah.....setelah kita tersedar dari kealpaan itu, Allah turunkan hujan. Maka teruslah berdoa untuk mendapat keselamatan dan limpahan rezeki, Sesungguhnya, Allah maha besar !

No comments:

Post a Comment